Hari Terbuka Pusat internet Lubok Antu 2018

6 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2018 Pusat internet Lubok Antu dengan kerjasama Pusat Internet Engkilili dan Pusat Internet Spaoh telah mengadakan Program Hari terbuka Pusat Internet Lubok Antu 2018 yang diadakan pada jam 8 pagi sehingga 4 petang bertempat di Pusat Internet Lubok Antu.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet Lubok Antu kepada komuniti setempat. Di samping itu, program ini juga adalah untuk memperkenalkan segala fungsi dan peranan Pusat Internet kepada komuniti agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Segala kemudahan serta latihan yang disediakan adalah bagi membantu komuniti setempat untuk membangunkan sosioekonomi.Selain itu, penglibatan para belia dalam program Advokasi dan Klik dengan Bijak amatlah digalakkan bagi tujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru dalam erti kata ‘bijak internet’. Selain itu, program ini juga bermanfaat untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat tentang kepentingan kawal selia kendiri dan penggunaan ICT secara berhemah serta membentuk budaya penggunaan ICT yang positif.Tambahan pula, program ini diharapkan dapat menarik minat lebih ramai lagi komuniti setempatan terutamanya golongan belia untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh PI Lubok Antu terutamanya program keusahwanan, disamping mempromosikan PI Lubok Antu kepada komuniti setempat yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Antara objektif dan matlamat program ini adalah,memberi maklumat dan sebagai ejen perkembangan ICT yang dapat membantu serta mendedahkan masyarakat setempat dengan penggunaan teknologi secara inovasif dan kreatif, menambah bilangan ahli berdaftar PI Lubok Antu dengan menyasarkan seramai 50 ke atas orang ahli baru dan menjalankan aktiviti serta pertandingan yang dapat mencungkil kreativiti serta kebolehan masyarakat agar dapat dipertengahkan ke peringkat seterusnya melalui program keusahawanan yang dijalankan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti, pendaftaran percuma untuk keahlian,Pertandingan ICT iaitu searchword dan crossword Advokasi KDB,Ceramah Advokasi,Bengkel membuat roti,tutorial menghias cupcake menggunakan youtube,Pertandingan Mini explorace KDB dan Pertandingan Booth usahawan terbaik PI Lubok Antu,

5.1 Pendaftaran ahli percuma
Pendaftaran ahli percuma diadakan adalah untuk menggalakan penduduk setempat berkunjung ke Pusat Internet Lubok Antu dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Lubok Antu. Ia juga bagi menggalakkan penduduk setempat untuk menyertai latihan-latihan ICT, kelas keusahawanan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Internet Lubok Antu.

5.2 Advokasi KDB
Program advokasi ini akan lebih fokus kepada golongan belia untuk membentuk para belia menjadi pengguna internet yang berkhemah. Disamping itu, elemen-elemen yang terdapat dalam KDB mampu memberi kesedaran kepada para belia untuk menjadi lebih bijak ketika berada dalam talian.

5.3 Kelas ICT & Pertandingan Multimedia
Kelas ICT ini memberi peluang kepada para belia dan usahawan kampung untuk mempertingkatkan lagi kemahiran ICT agar dapat digunakan untuk memperkembangkan perniagaan. Selain itu, pertandingan multimedia yang berbentuk poster turut diadakan untuk mengasah bakat para belia dalam penggunaan perisian penyuntungan.


5.4 Program Usahawan
Usahawan tempatan yang terpilih akan diberi peluang untuk berkongsi pengalaman perniagaan serta mengadakan bengkel latihan. Perkongsian ini adalah bagi memberi inspirasi serta galakkan kepada para komuniti yang hadir di samping ingin memupuk minat komuniti terutamanya golongan belia untuk menceburi bidang perniagaan/usahawan. Selain itu, logo dan kad perniagaan akan diciptakan khas untuk usahawan terpilih oleh para belia semasa pertandingan penciptaan logo dijalankan.

5.5 E-Learning
Meperkenalkan kaedah pembelajaran dalam talian (Online) kepada peserta yang masih bersekolah dimana dapat menggalakkan mereka untuk menerokai dunia pembelajaran dengan menggunakan kaedah alaf baru dan memupuk pelajar khasnya kanak-kank mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar dengan kaedah yang lebih menarik.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali